Animated Pictures Myspace Comments

Friday, October 21, 2011

perjuangan bermula

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo sahabat..Sdah lma kami x update blog ni...bdak lpasan PMR la konon.OK,PMR dh lpas...skarang,mulalah mncari gieog (kenangan) bersama rakan-rakan...Kmungkinan tahun depan mungkin akan berpisah..Dia mla dah buat feel.

10/10/11
Pda pkul 3.50, berakhirnya Major exam buat bdak-bdak ting 3..
"Woooooohhhoooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!Dota I coming"....pdahal blik rmah trus tidor.

11/10/11
Pda waktu pagi ingatkan bleh lah pj puas-puas..malangnya kna dngar taklimat slpas pmr.. (1jam kemudian).."Jom semua pi padang,maen lecah puas-puas"..mlangnya ,dlm tngah dok maen ,tiba-tiba seorang insan kmi la tu ditimpa musibah..tangan sebelah kiri mengalami injured tahap moderate....So,ambik keputusan pergi tidur di perpustakaan..Di perpustaan,air mata kesakitan mengalir keluar..Arghhh...Akhirnya, blik rumah menaiki basikal dgn menggunakan satu tangan sahaja..hebat x.Pda malam tu,datang la seorang pemuda brnama ZAID...Dya suruh kmi mengurut,tapi kmi kta"xpa lah sikit ja"..Dy kta kna jgak takut2 sendi PATAH..Kmi pn brfikir "Ya Allah btulkah yg dikatakannya..Jikalau benar,kmi x bley memasak,berbasikal, @ bersenam"..So kmi mengambil keputusan untuk pergi...

12/10/11
Sekolah : x pi....Hoorayy!! dpat cuti...
selepas maghrib :brjaln berdua-duaan brsma UMI ke rumah pakar mengurut..dlam prjalanan,hati brsa gelisah
,fikiran brcelaru,peluh membasahi pipi..(semasa mengurut)bnyi yang sunyi sepi telah dipecahkan oleh AAAAAAArRRRRGGGHHHHHHHHHHHHHHH....Terbaikk ustaz ni mengurut...
(selepas mengurut)
Ustaz : x da pa aihhh...ok ja..cma Urat halus bersilang dgn yang lain..
Ji Junior Rain :Btul ke ??
Ustaz : ha'a...
Ji Junior Rain :Alhamdullilah

13/10/11
Tgn masih blum sembuh..Dgan keazaman yg kuat trhadap sekolah,kmi prgi...Pdahal nak main bola sepak lagi..Maklum lar da prtandingan antara ting 3..hehe..x pi kmi hnya jadi simpanan ja...klau orang pnat bru masuk...Tiba-tiba kesian sahabat yg brnama zakwan kerana mengalami kecederaan di lutut..jalhamyeon deo ppalli eod-eul..Slpas tu,kmi prgi ke prpustakaan untuk diberi tugasan.Tugasannya ialah kmi kna blas surat pen-pal buteo(from) New Zeland...

14/10/11
Yeaaaaaaaaa!!!!!!! FC Anggerik dpat no 3...Syabas











17/10/11
Prgi sekolah sprti biasa..Lpas tu, kna dengar ceramah tentang sekolah teknik....Lpas tu,Bincang pasal krjaya masing2...So,apa yang kami nak jadi ?mestilah doktor bedah..Motif kami memilih doktor bedah ialah untuk menyelamatkan nyawa insan yang brgelar manusia..

18/10/11
Hari ni diambil oleh panitia sains..Ingatkan boleh lar maen roket air..ttapi x jadi..bkan nasib.Kmi dikehendaki membuat volcano sendiri.15 minit kemudian.......experiment dah completed....Hooorayy..
(Selpas Rehat)
Kmi akan melakukan aktiviti treasure hunt..."Wow treasure hunt,sounds quite good"...diberi nma kumpulan ialah ABCD...awal2 semua brsemangat...tpi,smpai separuh tugasan saja,Semua berubah..ada yg ikut haluan masing2...Arrr men..So kmi mndapt anugerah tempat terakhir...
terbaiikk...

19/10/11
there is nothing interesting to tell

20/10/11
Kna jgak prgi sekolah krana harini ada lawatan pusing perlis...Woohhooo...Kmi menaiki bas tahap ? ? (prkara lucu brlaku di dalam bas...Klau 3 bintang,mustahil..)Geulaeseo,tempat yang pertama pergi ialah Taman Herba..apabila masuk saja ke Taman Herba ,hati menjadi tenang kerana dapat melihat Fauna ciptaan yang Maha Besar..Selesai saja ditaman herba,Kami terus pergi ke kota kayang..Then,bila sampai je,Basikal fixie membanjiri perkarangan kota kayang..Pada waktu tu jugak,I feel cloud nine and a little under the weather..Wae ? ?Kmi brjumpa kawan2 lama...So,Apa lagi,bertegursapa je lah....4 minit kemudian...Jom pusing satu kota kayang!!!!Habis saja memasuki museum,Kmi prgi menerokai gua yang terletak di Kota Kayang..Awal2 memang bersemangat..Tapi diawal perjalanan memasuki gua,mata menjadi kelam...Yang hnya nmpak ialh byang2 sahaja..So,kmi brpegang tangan antara satu sama lain..Tiba2,Sahabat kami,Zakwan trgelincir...Selamat x jatuh...Kmi pn trus keluar dari gua tu kerana memikirkan tentang keselamatan masing2.Then,Kmi trus lajak ke Kuala Perlis...Kmi diberi rehat..Perut dah berbunyi..Apa lagi,jom jajah gerai...Kmi pergi ke satu gerai brdekatan dengan laut kerana untuk menikmati panorama yg indah..Then,kmi berasa hairan???Wae???sbab kmi sorang saja yg kuat makan...
Round 1!!!
makan bihun sup dan minum teh o ais
Round 2!!!
mcm xpuas hati ja....Tambah lagi...
Bihun sup dan teh o ais
Round 3!!!
alang2 dh jumpa KFC,pa lagi,SERANG!!!!
2 cheezy wedges,1 fun fries and 1zinger...

Lpass habis ja makan,Kmi trus pergi ke masjid terapung...Then,bila masuk ja,"Wow!!bgitu indah sekali"Di bahagian imam bleh nmpak laut terus...So,kmi menunaikan solat Zohor disitu...Selesai saja menunaikan solat Zohor...Kmi x jadi ke kilang gula...Cuaca pn x brpa baik...So,ada dua pilihan yg diberi oleh guru..Nak pergi Padang Besar @ Nak Balik ??Kmi undi nak balik...Tapi ramai undi Nak pergi padang besar...So,Ikut jelah....Smpai sja Padang Besar,"jom kita pi makan"...hahaha..makan lagi...Kmi x beli apa pn...Sejam kemudian,Trus balik ke sekolah...Aziman dgn riang hati berkaraoke di sebelah kami...Bleh tahan...

Santai



21/10/11
there is nothing interesting to tell


Ok...sekian sahaja dari kami..Assalamualaikum,Annyeonghaseyo....


                                    Banyakkan ibabat...
Jangan Tinggal Solat...


Friday, July 22, 2011

~Today~

Today is the best !!!!!!!!

(see..Amin Kim bum kata bagussss)

wae(korea)??? because hari ni hari terakhir anugerah dan koperasi...Kmi kta the best sbb kmi bleh jumpa variety of food smpai kering poket dibuatnya.....Contohnya
 spagetti (my fav food)

capati dan banyak lagi ....Waktu tu ada juga acara yg diada kn...Tpi yg x bestnya Dh lar Malaysia klah dgan Chelsea ,team bola kmi pn klah jgak..lpastu plak,gaya nk naik flying fox,kna bratur plak....aishhh!!!Bkan rezeki kmi kot....  so kmi ambik keputusan pergi surau untuk hilangkan stress...Xpalah...smpai disini saja.. Annyeong!!!!










jangan lupa Solat 5 waktu!!

Friday, July 15, 2011

Ramadhan akan tiba

Banyak hadith-hadith tentang puasa khususnya puasa Ramadhan.

1. HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA.
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه

[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ]


2. DOANYA TIDAK DITOLAK OLEH ALLAH.
ثلاثة لاتُرَدُّ دعوتُهم الإمام العادل والصآئم حتى يُفطِرَ ودعوة المظلوم يَرفَعُها الله دون الغمام يوم القيامة وتُفتَحُ لها أبوابُ السماء ويقول بعزّتى لأنصرنك ولو بعد حينٍ
Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil,Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )

3. PENEBUS DOSA.
رمضانُ إلى رمضانُ، والجمعةُ إلى الجمعةِ، والصلاة إلى الصلاة مُكَفِّرَاتٌ لِمَا بينهن إذا اجْتُنِبَتْ الكبائرُ
Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi Penebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar] – al-Hadith

4. PUASA YANG CELAKA DAN BINASA
احضُرُوا المنبر، فحضرنا، فلما ارتَقَى درجةً قال: امين، فلما ارتقى الدرجةَ الثانية قال: امين، فلما ارتقى الدرجة الثالثة قال: امين. فلما نَزَلَ، قُلنا: يا رسولَ الله! لقد سمعنا منك اليومَ شيئا ما كنا نسمعه، قال: إن جبريل عليه السلام عَرَضَ لى فقال: بُعدٌ من اَدرَكَ رمضانَ فلم يُغْفَرْله، قلت : امين. فلما رَقِيتُ الثانية، قال: بعد من ذَكَرتَ عنده فلم يُصَلِّ عليك، فقلت: امين. فلما رقيت الثالثة، قال: بعد من ادرك أبَوَيهِ الكِبَرَ عنده أو أحدهما، فلم يُدخِلاه الجنةَ، قلت: امين
RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.
Apabila Baginda turun, kamipun berkata: Wahai RasuluLlah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.
Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”. Aku menjawab: امين.
Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang kamu disebut di sisinya, tetapi dia tidak mensalawatkan ke atas kamu”. Akupun berkata: امين.
Apabila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menjaga
di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua atau seorang dari keduanya, tetapi ibubapanya tidak memasukkannya ke syurga”. Aku menjawab: امين.

5. BERSAHUR, JANGAN TAK BERSAHUR.
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً
“ Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada makan sahur itu ada keberkatan”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Monday, April 25, 2011

GAMBARAN TENTANG SYURGA DRP AL-QURAN DAN HADIS NABI SAW

ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka.Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).

Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

 “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan.”

Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).

Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata:

“Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia. Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud:

“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).

Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari).

Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan keadaan syurga di atas, hendaklah kita berusaha dengan segigih-gigihnya untuk memasukinya kerana ia adalah tempat abadi yang teramat indah bagi mukmin.Sesungguhnya, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya yang ingin memohon syurga, supaya mereka memohon syurga Firdaus kerana ia adalah syurga yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah.

Thursday, April 21, 2011

Tanda-Tanda Kiamat

Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini.Hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
 Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.
Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku Tsunami dan gempa bumi di Jepun baru-baru ini. Allah telah berfirman:

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)

Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam.

Thursday, March 24, 2011

AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad). 
 
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak. 

tentang sahabat

Assalamualaikum..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula :
“Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


 
~Sekian~

Tuesday, March 8, 2011

Mimpi

Mimpi Baik Dan Buruk

Dari Abu Qatadah r.a.,dari Rasulullah saw sabdanya:"Mimpi yang baik datang dari Allah,dan mimpi yang buruk dari syaitan.maka sesiapa bermimpi yang dibencinya,hendaklah dia meludah ke kiri,kemudian berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan,nescaya tidak akan membahayakannya.Dan jangan menceritakan mimpi itu kepada siapa pun.Maka siapa bermimpi dengan mimpi buruk,bergembiralah dan jangan mencerita-ceritakannya kecuali kepada orang yang dikasihi."

                                                  (Hadis Riwayat SHAHIH MUSLIM)

Dari Abu Hurairah r.a.,dari Nabi saw sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat,jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar.Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar.Dan mimpi seorang muslim adalah sebagai dari 45 macam nubuwwah(wahyu).Mimpi itu ada tiga macam:(1)Mimpi yang baik adalah khabar suka dari Allah.(2)Mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan.(3)Dan mimpi yang timbul kerana illusi angan-angan,atau khayal seseorang.Maka kerana itu,jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi,bangunlah,kemudian solat,dan jangan menceritakannya kepada orang lain."

 (Hadis Riwayat SHAHIH MUSLIM)